Looney Tunes - Lola Bunny 1,2 DAN 3..: Cerita yang bersambung

mUkA bUkU

anda baik hati..click la ye..=)

saya Sayang kam0o sume~!

Meh bubuh link anda...nanti saya lawat melawat..=)

tolong saya taw...click sini..

Cerita yang bersambung

Assalamualaikum w.b.t

Setahun setengah diari ni ditutup
kini aku cuba buka kembali.
mencari sisa-sisa semangat untuk menulis yang kian luntur.

terlalu banyak suka duka yang aku lalui
belum sempat aku coretkan di mana-mana
identiti itu masih belum aku temui.
lucu bukan?aku terlalu banyak berdrama..

*****

aku kata perempuan ni complex bak B complex sistem solar. Mesti kalian setuju bukan?. Aku yakin kaum adam bertepuk laju bak formula1 baca statement aku ni.
Perempuan ni
Kadang-kadang mulut kata benci hati kata suka
kadang-kadang mulut kata tidak mahu hati meronta-ronta meminta
kadang-kadang mulut marah dalam hati sayang
kadang-kadang diluar gembira padahal hati walang bukan kepalang
kadang-kadang yang didengar satu perkara yang disebut 1001 cerita
kadang-kadang cerita A yang dibincang tapi segala jenis huruf sampai Z terkait sama itu belum masuk simbol yang pelbagai lagi
kadang-kadang tawaran pertama ditolak tapi sentap bila tiada pelawaan kedua

aku tipu. sebenarnya bukan kadang-kadang.dalam diri perempuan pasti ada. 
mungkin ada yang tak setuju tapi ini kisah aku. dari kaca mata aku
berbeda dengan si adam yang straight to the point  yeke?aku tak tahu.aku bukan boy2
tapi kalian tahu. perempuan complex kerana mereka unik. mereka unik kerana mereka complex.
ahh,,kalian faham kan sahaja.
setiap berlaku pasti ada hikmah bukan?
begitu juga dengan wanita.
jika wanita tidak complex mana mungkin berjuta-juta tarikh istimewa mampu mereka ingati
mana mungkin naluri mereka pada keluarga begitu kuat
mana mungkin keconcernan mereka begitu utuh

perempuan juga ada ego.ego untuk menjaga diri mereka. 
mereka tahu hati mereka yang sensitif.
kerna itu mereka berhati-hati dan maka itu terjadilah sesuatu perkara menjadi complex.

siapa tahu. ini mungkin sebahagian cerita aku.


kerana pemikiran itu bersifat abstrak - Anon

No comments: