Looney Tunes - Lola Bunny 1,2 DAN 3..: August 2014

mUkA bUkU

anda baik hati..click la ye..=)

saya Sayang kam0o sume~!

Meh bubuh link anda...nanti saya lawat melawat..=)

tolong saya taw...click sini..

Assalamualaikum w.b.t

salam hari raya semua
saje berbasi basa apadahal syawal masih bersisa.

aku rasa aku ada tabiat baru.
setiap ayat yang aku tulis macam ada rima yang nak disekata
tapi bukan tu yang aku nak cerita.

****

Jun lalu unofficially aku dah tamat belayar belajar. hip hip hoorey!
suka? gembira? sedih? aku rumuskankan. semua tu ada.
gembira aku dah tak perlu bersengkang mata menyiapkan assignment yang bertimbun
suka sebab aku boleh berguling dari hujung ke hujung dekat rumah manis rumah aku
tapi dalam gembira, mesti la sedih menyinggah.
tipu kalau aku kata sedih tu tak ada
lepas graduate entah bila lagi dapat berjumpa berjimba ria dengan kawan-kawan
nak nak pulak lain negeri. gila tak sedih
plus, hidup sebagai mahasiswi banyak mengajar aku aspek kerohanian.
persediaan untuk hadapi dunia sebenar yang penuh liku.


acah-acah gadis vietnam celop nak bersawah

belum pandai berselfie lagi ni

ada gaya stairways to heavan tak?


garang woo time belajaq.tapi photobomb tu..-_-" krik3

aktif tak aktif berlakon drama first place tu!

sambutan Maulidur Rasul.

saje nak highlight muka berminyak aku -_-"


biasalah..kalau habis belajar je ada soalan susah tahap PMR+SPM+STPM.
nah soalan bocor-> JODOH + KERJA
nak nak pulak kalau habis belajar sebelum bulan syawal.
memang la segala makcik pakcik sepupu sepapat dua pupu nenek oyang biras besan beras akan tembak soalan bertubi-tubi masa beraya

"dah dapat kerja?"
"Nak kerja kat mana?"
"bila nak start kerja?"
"bila nak kahwin?
"dah ada gegurl/boboy?"
"ada orang nak meminang ke?"
"dulu belajar apa?"

belum sempat pun biskut semprit tu nak masuk mulut soalan tu dah keluar dulu.
terkedek-kedek lah nak menjawab satu-satu.
konon bolehlah lepas diri bila dah jawab tu
setiap rumah yang dikunjung setiap tulah soalan sama keluar
boleh bayang tak kalau sehari tiga empat rumah kalau seminggu?
mau berbuih mulut aku nak menjawab.

jawapan safe aku mestilah jawapan yang cliche2 gitu.

"sekarang nak rehat dulu 16 tahun nonstop belajar"
"kahwin nanti dulu lah kerja pun tak start lagi"

kekadang.bila penat nak jawab, mak aku yang yang wakilkan menjawab bagi pihak pulak.
lagi satu fenomena bila dah habis belajar ni mula la newsfeed facebook tu penuh dengan gambar ofis/kahwin/tunang.
berjela-jela jugak invitation msuk dalam event facebook macam saja je nak membakar
choi! Alhamdulillah lah ramai yang jodoh sampai awal tapi tak pelik pun bila kau memang dah biasa dengar and tengok orang lain yang kahwin muda kat U.
tak ada lah rasa tekinja-kinja sangat bila dapat invitation tu.
yang tengah merancang tu semoga dipermudahkanNya lah ye.
yang belum sampai seru mohon bersabar dan teruskan berdoa
yang tamat separuh jalan. jangan kecewa.adalah hikmah tu nak temukan yang lebih baik


aku pulak?.masih berdiri disini. s.e.n.d.i.r.i




Cerita yang bersambung

Assalamualaikum w.b.t

Setahun setengah diari ni ditutup
kini aku cuba buka kembali.
mencari sisa-sisa semangat untuk menulis yang kian luntur.

terlalu banyak suka duka yang aku lalui
belum sempat aku coretkan di mana-mana
identiti itu masih belum aku temui.
lucu bukan?aku terlalu banyak berdrama..

*****

aku kata perempuan ni complex bak B complex sistem solar. Mesti kalian setuju bukan?. Aku yakin kaum adam bertepuk laju bak formula1 baca statement aku ni.
Perempuan ni
Kadang-kadang mulut kata benci hati kata suka
kadang-kadang mulut kata tidak mahu hati meronta-ronta meminta
kadang-kadang mulut marah dalam hati sayang
kadang-kadang diluar gembira padahal hati walang bukan kepalang
kadang-kadang yang didengar satu perkara yang disebut 1001 cerita
kadang-kadang cerita A yang dibincang tapi segala jenis huruf sampai Z terkait sama itu belum masuk simbol yang pelbagai lagi
kadang-kadang tawaran pertama ditolak tapi sentap bila tiada pelawaan kedua

aku tipu. sebenarnya bukan kadang-kadang.dalam diri perempuan pasti ada. 
mungkin ada yang tak setuju tapi ini kisah aku. dari kaca mata aku
berbeda dengan si adam yang straight to the point  yeke?aku tak tahu.aku bukan boy2
tapi kalian tahu. perempuan complex kerana mereka unik. mereka unik kerana mereka complex.
ahh,,kalian faham kan sahaja.
setiap berlaku pasti ada hikmah bukan?
begitu juga dengan wanita.
jika wanita tidak complex mana mungkin berjuta-juta tarikh istimewa mampu mereka ingati
mana mungkin naluri mereka pada keluarga begitu kuat
mana mungkin keconcernan mereka begitu utuh

perempuan juga ada ego.ego untuk menjaga diri mereka. 
mereka tahu hati mereka yang sensitif.
kerna itu mereka berhati-hati dan maka itu terjadilah sesuatu perkara menjadi complex.

siapa tahu. ini mungkin sebahagian cerita aku.


kerana pemikiran itu bersifat abstrak - Anon