Looney Tunes - Lola Bunny 1,2 DAN 3..: Ceritera

mUkA bUkU

anda baik hati..click la ye..=)

saya Sayang kam0o sume~!

Meh bubuh link anda...nanti saya lawat melawat..=)

tolong saya taw...click sini..

Showing posts with label Ceritera. Show all posts
Showing posts with label Ceritera. Show all posts
Assalamualaikum w.b.t

salam hari raya semua
saje berbasi basa apadahal syawal masih bersisa.

aku rasa aku ada tabiat baru.
setiap ayat yang aku tulis macam ada rima yang nak disekata
tapi bukan tu yang aku nak cerita.

****

Jun lalu unofficially aku dah tamat belayar belajar. hip hip hoorey!
suka? gembira? sedih? aku rumuskankan. semua tu ada.
gembira aku dah tak perlu bersengkang mata menyiapkan assignment yang bertimbun
suka sebab aku boleh berguling dari hujung ke hujung dekat rumah manis rumah aku
tapi dalam gembira, mesti la sedih menyinggah.
tipu kalau aku kata sedih tu tak ada
lepas graduate entah bila lagi dapat berjumpa berjimba ria dengan kawan-kawan
nak nak pulak lain negeri. gila tak sedih
plus, hidup sebagai mahasiswi banyak mengajar aku aspek kerohanian.
persediaan untuk hadapi dunia sebenar yang penuh liku.


acah-acah gadis vietnam celop nak bersawah

belum pandai berselfie lagi ni

ada gaya stairways to heavan tak?


garang woo time belajaq.tapi photobomb tu..-_-" krik3

aktif tak aktif berlakon drama first place tu!

sambutan Maulidur Rasul.

saje nak highlight muka berminyak aku -_-"


biasalah..kalau habis belajar je ada soalan susah tahap PMR+SPM+STPM.
nah soalan bocor-> JODOH + KERJA
nak nak pulak kalau habis belajar sebelum bulan syawal.
memang la segala makcik pakcik sepupu sepapat dua pupu nenek oyang biras besan beras akan tembak soalan bertubi-tubi masa beraya

"dah dapat kerja?"
"Nak kerja kat mana?"
"bila nak start kerja?"
"bila nak kahwin?
"dah ada gegurl/boboy?"
"ada orang nak meminang ke?"
"dulu belajar apa?"

belum sempat pun biskut semprit tu nak masuk mulut soalan tu dah keluar dulu.
terkedek-kedek lah nak menjawab satu-satu.
konon bolehlah lepas diri bila dah jawab tu
setiap rumah yang dikunjung setiap tulah soalan sama keluar
boleh bayang tak kalau sehari tiga empat rumah kalau seminggu?
mau berbuih mulut aku nak menjawab.

jawapan safe aku mestilah jawapan yang cliche2 gitu.

"sekarang nak rehat dulu 16 tahun nonstop belajar"
"kahwin nanti dulu lah kerja pun tak start lagi"

kekadang.bila penat nak jawab, mak aku yang yang wakilkan menjawab bagi pihak pulak.
lagi satu fenomena bila dah habis belajar ni mula la newsfeed facebook tu penuh dengan gambar ofis/kahwin/tunang.
berjela-jela jugak invitation msuk dalam event facebook macam saja je nak membakar
choi! Alhamdulillah lah ramai yang jodoh sampai awal tapi tak pelik pun bila kau memang dah biasa dengar and tengok orang lain yang kahwin muda kat U.
tak ada lah rasa tekinja-kinja sangat bila dapat invitation tu.
yang tengah merancang tu semoga dipermudahkanNya lah ye.
yang belum sampai seru mohon bersabar dan teruskan berdoa
yang tamat separuh jalan. jangan kecewa.adalah hikmah tu nak temukan yang lebih baik


aku pulak?.masih berdiri disini. s.e.n.d.i.r.i




orang tak senyum tu 'MANIS'!

Assalamualaikum w.b.t

hello2..selamat pagi fellows..=)
semoga pagi anda ceria!...hehe

 mencari idea..ouh..ni bukan aku..-sekadar hiasan-

kadang-kadang bila dah lame tak menulis ni..
buat aku rase kekok..idea pn macam nak taknak je keluar.
hajat asyik terbantut..(bukan hajat 'besar'!)..hehe
seronok berkongsi cerita dengan kamu2 semua..
atleast..aku ade blog sebagai medium luahan hati and berkongsi maklumat dengan kamu2 semua..plus..dapat tengok blog yang laen2 yang sangat best!..hehe(korang kena terharu ok!)..=p

ouh ye..berbalik pada topik asal kita...
jap..ak pun da lupe nak tulis ape..
tumpuan terganggu dengar adek men bola kt PS2..
(grrrr...nk maen jugak!!XP)

haa..aku ni jenis orang yang sangat suka senyum kat siapa2 je..
lecturer..cleaner..mkcik kdai makan...n sahabat2..(yang sama jantina la!)
kawan2 ak cakap aku ni peramah..sangat..hahaha
kadang2 orang yang aku tak kenal pun aku senyum..haha..
takpe..diorang mesti suka tengok aku senyum kat diorang..(urghf!ayat pasan)
ok2..ckup la kot..korang pn dah loya2 tekak kan..sediakan baldi kat sebelah la..senang!
hehheehe...=p

aku nak citer la kat korang..
aku nie sangat2 la tak suka orang yang sangat kedekut senyuman nie..
sebab muka diorang 'MANIS' yang TERamat...
kalau sebelum ni aku ade citer sal aku 'BENCI' sangat orang senyum kat sini
ni kisah sebaliknye pulak..hee

suatu hari tu..aku pergi sekolah memandu...
(eceh..cam kanak2 pulak pergi sekolah..haha!)
aku nak amik la lesen L kete aku..
pergi la dekat kaunter..
mula2 aku beratur kat belakang sorang pakcik..
sebab aku tengok kaunter laen tak bukak..(hari jumaat..biasela)
then satu kaunter bukak..
tapi aku stay jela dulu q..pakcik tu macam dah nak habis..
then akak kt kaunter baru bkak tu panggil aku..
aku pun berjalan dengan penuh sopan santun penuh senyuman dibibir..(ewaahh)
ke kaunter akak tu..

"awak tunggu ape beratur kat sane."(muke kelat.nada serius)

amboi!mane la aku tahu pakcik tu nak sembang panjang kat situ..
aku buat tak tahu jela dulu..akak pun tak panggil pun tadi..
aku bagitau la aku nak amik lesen..
die mintak i/c..then bagitahu aku kena bayar lagi RM50 baru boleh amik..
my bad..aku lupe nak cucuk dwet sebelum tu...aku cakapla...tak boleh ke amik dulu...
tanggal 100 je lagi yang aku tak bayar..die pun jawab;

"dah tahu tak bawak dwet buat ape datang. Tak boleh amik lesen ni!"

muke tak senyum jadi macam ni..-en.google-

muke kelat nak mampus!senyum sikit pn huh haram la nak ade..
cik kak oi!kalau tengah datang bulan pun..tak payah la nak cakap macam tu..
bukan nye saya takde duet langsung nak bayar!
nak kate ramai orang..saya sorang je..keje bukan banyak pun!..
heh!..seb bek aku tak cakap camtu dengan die..
geram + bengang yang teramat!
nape la susah sangat nak senyum..bukan kena bayar..huhu
mungkin saya muda..tapi berhemah la sikit..baru saya respect..
see!kalau orang tak senyum buat muke kelat..kite pun rase tak best kan..?!
kalau berniaga..kenala jaga hati customer..
tak pasal2 jadi emo da..astaghfirullah..
maaf lah kalau aku pakai bahasa kasar..
tapi..tula yang terjadi bile orang buat muke 'MANIS'..
benci kann~~

so..sape yang keje bahagian customer service tu..murahkan senyuman ok!
i lebiu la bila u olls sume senyum2 sweet gitu..awww~!hehe..

itu la kisah 'BENCI' dan 'MANIS'

p/s:aku betol2 kecik hati dengan sekolah tu..buat aku malas nak pergi dah!huh..

saya 'BENCI' orang senyum!=)

assalamualaikum w.b.t..

harap..kamu2 yang baca contengan ni..
sudi meneruskan bacaan..

aku punya masalah begitu besar.
sangat mem'benci' orang yang senyum..grrr~!
haha..aku rasa ramai orang rasa begini seperti aku..

um..tak tahu kenape tetibe rase tulisan aku maken pelik..
perasaan atau korang pun perasan?..kannnnn~..(0_o)
eyh2..dah2..berbalik pada tajuk asal..
korang jangan salah paham pulak..
aku bukan anti orang senyum taw..hehe
aku suka sangat orang yang senyum..
senyum pada aku
senyum pada rakan2
senyum pada lecturer
senyum pada cleaner
senang citer..senyum pada semua la..
tapi..please!.bukan senyum sorang2..
itu ade something wrong la tu..haha
(tak pun penyakit angau..awak ke?)..hehehee..=p

 cube tengok cermin..same tak dengan korang..hihi..-en.google-

ape lah istimewa sangat ni men senyum2 kat orang..kan3?
bagi aku..senyuman tu sangat istimewa..
senyuman dari orang lain buat aku terasa pemes.
dan buat aku terasa..bangga..ramai jugak yang minat aku kan?..
ish3!!..bukan2..tu ayat perasan lebih je..hahahaha

actually..bile aku tengok orang senyum kat aku..
aku rase happy..burst my spirit..(cewah!speaking u!)
manisnye orang yang senyum ni..
sejuk hati memandang..terasa mendamaikan pulak..
hahaha..tengok2..aku puji dah ni..=p

senyuman yang mendamaikan..sweet~!

dan..kalau aku senyum..
aku rasa lebih yakin pada diri..(kacink!)
pernah sekali..aku sedih sangat suatu hari tu..
walking alone..pastu terserempak dengan makcik cleaner..
die senyum kat aku..aku senyum balik..
then aku rase..kesedihan aku hilang..
wow!..magik kah yang berlaku?..
tapi bg aku..senyuman memang ade magik yang tersendiri..
lebih2 lagi..senyuman yang ikhlas...dan muka yang dimaniskan..
plus..senyum kan satu sedekah..

Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)

banyak manfaat yang kamu2 semua akan dapat dari senyuman ni.
aku just tulis dari pengalaman sendiri..
jadi..sebarkan senyuman pada semua ok!..=)

p/s:senyuman yang ikhlas dari hati memberi kesan yang mendalam pada jiwa..=) 

entri akn datang..-Orang yang tak senyum tu 'MANIS'-


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

pembuka kata

assalamualaikum w.b.t..

dah lame aku tinggalkan blog ini..
bukan sebab aku tidak bertanggungjawab..
tapi..terlalu banyak kekangan mase..
jadual harian tak seperti biasa..
banyak tertumpu pada study..
ahh!..aku berharap dapat luangkan lebih mase..
......di sini......

terlalu banyak isi hati terperap..
menunggu detik di luahkan...

oh ye...exam akhir semester dah lame berlalu..seminggu yang lepas..
sekadar ingin meng'update' status terbaru..haha

jadi suri rumah..
menyeronokkan!
banyak perkara dipelajari..hidup labih berdikari..=)

itu saja..
sampai bertemu lagi..

 aku harap hatiku sedamai ini

p/s:hati terasa nak pecah..(0_0)



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Panggilan...(bahagian 2)

2010, pemuda itu kini kembali, kembali ke tanah tumpah lahirnya pemuda ini ke dunia. berharap terdengar kembali sayup-sayup panggilan suara lelaki tua yang dibahasakan "bapak" oleh pemuda tesebut pada suatu ketika dahulu.

lelaki tua yang dipanggil bapak itu, bukan lah bapa kepada pemuda tersebut, tetapi merupakan datuk kepada pemuda itu. datuk yang sering bersama pemuda itu sewaktu kecilnya taktala ibu dan ayah pemuda itu berada jauh dimata. dialah yang membesarkan pemuda itu.

13/10/2010, jam 3 pagi, "han.. oh han!" lena tidur pemuda itu diganggu oleh suara panggilan. "han oh han! bangun han! cepat!" nada cemas dari si pemanggil. pemuda tersebut dalam sedar atau tidak dari lenanya cuba mengamati panggilan tersebut. ternayata bukan dari empunya suara yang biasa di dengari dahulu. "nape jie?" balas pemuda tersebut. "bapak dah tak ada." beritahu si pemanggil yang bernama jijie itu. "Innalilahi wa innalilahi ro'jiun" balas pemuda tadi..

segera dicapai seluar track berwarna biru dan disarungkan ke kaki. lantas menuju ke belakang rumah pemuda itu. menderu-deru jantung pemuda itu taktala kaki yang melangkah laju itu semakin hampir ke pintu rumah bapak. sesampai sahaja di rumah bapak, pemuda itu terlihat sekujur badan yang kurus berbaring diatas lantai. berselimut dan tertutup sehingga ke muka. lantas di buka selimut yang menutup wajah bapak. air mata cuba ditahan dari mengalir keluar di mata pemuda itu. "al-fatihah" pemuda itu membaca surah al-fatihah kepada bapak yang mula kaku keras dihadapannya dan diringi doa keampunan dan perlindungan dari Allah s.w.t. moga-moga roh bapak ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

panggilan itu..  panggilan itu sudah tidak kedengaran lagi. panggilan itu tamat pada tarikh 13.10.2010 jam 3 pagi. panggilan itu tidak mungkin bisa didengari lagi oleh pemuda tersebut.

bapak atau nama sebenarnya Haji Sahed bin Haji Abd Manan telah pergi buat selama-lamanya. menyahut panggilan yang Maha Kuasa. kerna mati itu benar. akhirat itu benar . syurga dan neraka juga benar.

*******************************************************

sehingga ke saat akhir pemergiaan datuk ku atau lebih selesa aku panggil bapak, aku bersamanya, sehingga la papan lahad dan tanah memisahkan aku dan dia.
semoga arwah bapak selamat di alam sana dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman
~Al-fatihah

p/s:kisah ini hasil nukilan abang saya sendiri...T____T
dirumah ini~..segala kenangan di abadikan..

Panggilan...(bahagian 1)

"Han... oh han! han oooh han!" pagi yang hening itu dipecahkan dengan sahutan panggilan seorang lelaki tua. setia bersama basikal tuanya, lelaki tua itu berulang-ulang kali memanggil-manggil seseorang. pagi yg biru itu menjadi saksi gagahnya lelaki tua tadi berdiri dihadapan sebuah rumah yg terletak dihadapan rumah lelaki tua itu.

"han.. oh han! han tolong bapak tengokkan parit depan ni cepat". sambung lelaki tua itu yg lama berdiri diluar pintu. "hemm" balas suara didalam rumah tersebut. selang beberapa minit jendela rumah tersebut dibuka luas oleh seorang remaja. "kenapa pak? sangkut lagi ke?" jawabnya seolah-olah mengerti maksud lelaki tua itu sambil mengesat-ngesat muka dan matanya. ternyata remaja itu baru bangkit dari tidur.

"parit depan penuh. ada sampah sangkut kat batang paip takut pecah batang paip tu". balas lelaki tua. lantas remaja itu terus menuju ke parit yang terletak tidak jauh dari situ. bermulalah kerja-kerja pembersihan bagi membersihkan sampah yang tersangkut di batang paip. parit seluas 4 meter itu direnangi oleh remaja tersebut bagi membersihkan sampah-sarap yang tersangkut di batang paip itu tadi.

"han oh han!" panggilan di pagi lainnya dari lelaki tua yang sama. "minta hantar bapak ke klinik han" sambung lelaki tua itu.

"han ohh han!" jeritan perlahan lelaki tua itu di pagi lainnya.. begitulah rutin panggilan yang telah menjadi kebiasaan bagi remaja tersebut selama 18 tahun. panggilan itu sudah sebati dan lali di jiwa remaja tersebut.

kemudian remaja itu melangkah kaki ke IPTA. melakukan pertapaan ilmu pengaturcaraan selama 3 tahun. 3 tahun jua tidak kedengaran panggilan itu...

habis menuntut ilmu, kerna dimurahkan rezeki remaja itu mendapat tawaran bekerja di DCA KLIA. 1 tahun bekerja disana dan 1 tahun itu juga panggilan tersebut tidak kedengaran. dalam diam-diam kerinduaan pada suara panggilan tersebut bermain di jiwa remaja tersebut. kini remaja tersebut telah meningkat dewasa.